Aktiviti Book2u
 CAFE TENAGA NASIONAL BERHAD ( TNB ) BANGSAR, KUALA LUMPUR
Ibu pejabat Tenaga Nasional Berhad di Bangsar Kuala Lumpur telah menjemput team Booth Book2U datang membuat jualan di ruang legar cafe TNB pada 7 November 2016 yang lalu. Pelbagai buku, majalah dan novel dibawa. Turut dibawa pelbagai al-Quran terbitan Karya Bestari termasuk Amazing al-Quran yang sangat diminati rakyat Malaysia.

CAFE TENAGA NASIONAL BERHAD ( TNB ) BANGSAR, KUALA LUMPUR

Team Booth Book2U adalah team yang menjual produk Karangkraf dengan membuka meja atau ruang booth yang disediakan penganjur dalam bangunan seperti di Karnival atau Pesta Buku yang biasa kita lihat di pasaraya, dewan atau masjid. Ia tidak seperti Trak Book2U yang membuat jualan di luar bangunan.