TENTANG KAMI

Tentang Book2u
Book2u kedai buku bergerak
‘Kami pergi kepada anda”

Kumpulan Media Karangkraf mengambil inisiatif melancarkan kedai buku bergerak, Book2U bagi memudahkan mereka yang minat membaca mendapatkan bahan bacaan mereka secara lebih efektif.

Mula beroperasi pada 15 Oktober 2015 yang lalu, dengan hanya sebuah trak, kini Book2U mempunyai 6 buah trak yang dipenuhi dengan pelbagai bahan bacaan.

Trak Book2U akan menemui pelbagai lapisan masyarakat termasuk di sekolah, institusi pengajian tinggi, pejabat-pejabat kerajaan dan swasta, kawasan perindustrian, tapak pameran serta karnival mengikut ketatapan jadual yang dibuat.

Setiap petugas Book2u akan singgah ke lokasi ditetapkan bagi menjalankan penjualan buku secara terus kepada pembaca. Buat masa ini Book2u mempunyai 18 orang petugas yang bertanggungjawab melancarkan operasi kedai buku bergerak ini.

Tujuan penubuhan kedai buku bergerak ini adalah bagi memberikan akses yang lebih mudah kepada orang ramai untuk mendapatkan bekalan Al-Quran, buku-buku dan majalah, di samping meningkatkan minat membaca dalam kalangan masyarakat.

Selain  Lembah Klang, Book2u juga turut bergerak ke negeri serta daerah lain seluruh Malaysia bagi menjalankan operasi penjualan buku kepada masyarakat setempat.

Book2U juga akan membuka cawangan di Utara dan Pantai Timur bagi memudahkan pergerakan ke sekolah-sekolah di negeri-negeri Utara (Kedah, Perlis, Pulau Pianang dan Perak). Bagi pembaca di Kelantan, Terengganu dan Pahang mereka akan boleh menikmati kemudahan ini apabila trak Book2U berada di sana nanti.

Book2U mempelawa mana-mana sekolah, jabatan-jabatan kerajaan dan swasta, universiti, kolej swasta dan syarikat yang hendak membuat promosi dan penjualan agar berhubung terus dengan kami kerana terdapat juga aktiviti lain disediakan.

Selain itu, kita juga menyediakan pakej diskaun penjualan buku kepada pengunjung malah sesiapa memiliki kad MyKarangkraf akan menerima diskaun menarik.

Sehubungan itu, mana-mana pihak yang berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh berhubung terus melalui emel askme@book2u.my atau layari di Facebook www.facebook.com/Book2u.my